Metakognitif dan Pembentukan Karakter Terpuji: Al-Quran dan Hadis sebagai Panduan
Keywords:
Metakognitif dan al-Quran, Pembentukan Karakter, Perspektif Al-Quran dan HadisAbstract
Pendidikan adalah salah satu medium utama yang menyokong ke arah menjana perubahan paradigma setiap individu, cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk aspek rohani, emosi, dan fizikal. Tidak dapat dinafikan bahawa sektor Pendidikan sedang berkembang pesat dalam meningkatkan akses, kesaksamaan, dan kualiti dalam Pendidikan hari ini. Jumlah keruntuhan akhlak meningkat secara mendadak dan kesannya tidak hanya terhad kepada ibu bapa dengan remaja yang masih berusia sekolah, tetapi juga memberi kesan kepada masyarakat dan kredibiliti sekolah yang membentuk semangat dan tingkah laku generasi muda. Peringkat remaja mengalami banyak krisis seperti perubahan fizikal dan emosi, serta sedang berusaha mencari identiti diri. Peralihan dari zaman kanak-kanak ke dewasa adalah satu fasa yang amat sukar, di mana mereka mesti mengubah hubungan mereka dengan orang dewasa secara serentak, sesuai dengan tuntutan masyarakat sekitar, dan mengatasi ketidakmampuan mereka untuk melihat kenyataan atau realitI. Kerjasama daripada semua pihak akan memberikan peluang cerah untuk membangunkan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan. Usaha untuk memulihkan akhlak anak-anak dan membimbing mereka ke jalan yang benar berdasarkan panduan dari al-Quran harus bermula dari awal kelahiran sehingga mereka dewasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui apakah komponen, strategi, dan proses yang diperlukan untuk memperbaiki kemahiran metakognitif yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW dalam mengawal setiap pemikiran dan tindakan serta akhirnya mempengaruhi pembentukan akhlak manusia.



