Keberkesanan Modul Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran Berasaskan Strategi Metakognitif dalam Kalangan Kanak-Kanak di Malaysia.

Authors

  • Aminah Mat Yusoff Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Mohd Hisyam Abdul Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Hisham Mat Salleh Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)

Keywords:

Kemahiran asas membaca al-Quran, strategi metakognitif

Abstract

Kajian ini bertujuan memperkenalkan modul kemahiran asas bacaan al-Quran (Meta-Siqra') berasaskan model Iqra’ As’ad Humam yang telah diintegrasikan dengan gabungan dua teori dan tiga model pembelajaran, bertujuan menghasilkan modul yang memenuhi keperluan pembelajaran bagi kanak-kanak cicir. Keciciran terhadap kemahiran asas bacaan al-Quran dalam kalangan kanak-kanak merupakan isu utama kajian ini. Berdasarkan data yang telah diperolehi daripada e-Pelaporan kebangsaan 2020, sebanyak 2.08 peratus kanak-kanak yang berusia 10 sehingga 12 tahun yang diklasifikasikan sebagai buta huruf, manakala kanak-kanak yang tidak dapat membaca ayat al-Quran dengan sempurna masih tinggi iaitu sebanyak 68.7%.  Faktor utama yang dikenal pasti ialah kurangnya amalan pengajaran yang memberi kesan dalam kalangan guru, tiada penekanan terhadap kualiti bacaan al-Quran, serta tiada kesinambungan membaca al-Quran di rumah. Oleh itu, Objektif dirangka selari dengan isu utama kajian ini, iaitu mengenal pasti keperluan modul intervensi kemahiran asas bacaan al-Quran dalam kalangan kanak-kanak, membentuk dan membangunkan modul intervensi tersebut (Meta-Siqra’), serta menilai keberkesanan modul ini terhadap kanak-kanak. Metodologi kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian pra dan pos, melibatkan 400 orang sampel kanak-kanak cicir al-Quran. Data yang dianalisis menggunakan (SPSS) versi 27.0 menunjukkan peningkatan signifikan  dengan 1.46 min purata, membuktikan bahawa modul ini dapat meningkatkan tahap penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran asas bacaan al-Quran.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Education

How to Cite

Mat Yusoff, A., Mohd Hisyam Abdul Rahim, & Hisham Mat Salleh. (2024). Keberkesanan Modul Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran Berasaskan Strategi Metakognitif dalam Kalangan Kanak-Kanak di Malaysia. Human Sustainability Procedia, 4(1), 77-88. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/16152