Perumahan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Authors

  • Norizan Rameli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Fariha Ramli Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. Author

Keywords:

Pembangunan mampan, Peranan perumahan, SDG, Perumahan mampan, Malaysia

Abstract

Pembangunan mampan adalah agenda utama bagi banyak negara, termasuk Malaysia, untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar, kemajuan ekonomi, dan kesejahteraan masyarakat. Konsep ini penting untuk diterapkan dalam kawasan perumahan bagi mewujudkan komuniti yang terancang dan selesa untuk didiami. Artikel ini membincangkan peranan perumahan dalam SDG, perumahan sebagai penyumbang langsung dan penyumbang tidak langsung  kepada SDG, isu dan cabaran serta strategi dalam mencapai matlamat pembangunan mampan dalam konteks perumahan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang relevan seperti buku, artikel, dan laporan rasmi. Hasil kajian menunjukkan bahawa perumahan mampan dapat menyumbang kepada beberapa matlamat pembangunan mampan, termasuk pengurangan kemiskinan, peningkatan kualiti hidup, dan pemeliharaan alam sekitar. Artikel ini juga mengemukakan cadangan untuk memperbaiki dasar dan strategi perumahan bagi mencapai matlamat pembangunan mampan di Malaysia.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Economic and Development

How to Cite

Rameli, N., & Fariha Ramli. (2024). Perumahan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Human Sustainability Procedia, 4(2), 1-8. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/18210