Meneroka Penggunaan Rokok Elektronik (Vape) dalam Kalangan Pelajar UTHM Pagoh dan Implikasi Terhadap Kesihatan

Authors

  • Arwansyah Kirin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nurul Hidayah Tumadi Institut Agama Islam (IAI) AN-Nadwah Kuala Tungkal, Jambi, INDONESIA Author

Keywords:

Rokok elektronik, Vape, Kesihatan, UTHM Pagoh

Abstract

Rokok elektronik atau vape merupakan alat yang mengandungi nikotin dan penggunaannya semakin popular serta menjadi kebiasaan terkini di Malaysia kerana dianggap sebagai pengganti rokok tradisional. Alat ini berbentuk peranti yang berfungsi menggunakan tenaga bateri. Jika rokok tradisional menggunakan tembakau sebagai bahan utama, vape pula menggunakan cecair (liquid) dengan pelbagai perisa seperti buah-buahan, kopi, dan sebagainya. Pengedarannya memberi kesan negatif kepada masyarakat kerana ia mengandungi nikotin yang bersifat ketagihan yang boleh menyebabkan pengguna menjadi ketagih termasuklah dalam kalangan pelajar dan mahasiswa.Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan vape dalam kalangan mahasiswa di UTHM, Pagoh. Metodologi kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan analisis deskriptif. Data dikumpul melalui borang kaji selidik dalam talian yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp menggunakan platform "Google Form." Seramai 108 pelajar UTHM Pagoh telah menjadi responden kajian ini. Kajian mendapati bahawa peratusan pelajar yang menggunakan vape adalah lebih rendah berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Dalam konteks ini, lebih ramai pelajar universiti sedar dan memahami implikasi penggunaan vape terhadap kesihatan mereka.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Kirin, A. ., & Tumadi, N. H. . (2024). Meneroka Penggunaan Rokok Elektronik (Vape) dalam Kalangan Pelajar UTHM Pagoh dan Implikasi Terhadap Kesihatan. Human Sustainability Procedia, 4(2), 26-40. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/18359