Perang Bangsawan Politik di Malaysia: Satu Naratif Ringkas terhadap UMNO
Keywords:
Politik, Parti Politik, Krisis, Konflik, Kuasa , PuakAbstract
Penubuhan UMNO membuktikan orang Melayu berusaha bersatu dan mengenepikan semangat kenegerian demi menentang rancangan British memperkenalkan rancangan Malayan Union. Namun begitu, walaupun orang-orang Melayu dapat bersatu dengan menubuhkan UMNO, perbezaan pandangan dan orientasi masih tetap kekal dalam organisasi yang baru ditubuhkan oleh mereka. Misalnya, dalam UMNO pada masa itu terdapat golongan berpendidikan agama, Inggeris dan Melayu. Selain itu, terdapat juga persatuan-persatuan lain selain daripada persatuan yang berasaskan kenegeriaan dan kedaerahan. Sebagai contoh, dalam UMNO ketika itu turut dianggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang cenderung menentang amalan sistem feudal dan condong memperjuangkan kewujudan sebuah negara Melayu nusantara. Perbezaan daripada segi orientasi, aliran pemikiran, pendekatan dan sebagainya yang terhasil daripada gabungan persatuan dalam UMNO, menyebabkan parti tersebut sentiasa berpotensi untuk bergolak.



