Kesan Pentadbiran Jepun terhadap Perkembangan Awal Politik di Terengganu

Authors

  • Ilyas Abdullah Universiti Teknologi MARA, Pahang Author
  • Ku Hasnan Ku Halim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohammad Tawfik Yaakub Universiti Malaya Author

Keywords:

Jepun, British, Terengganu, Kesatuan Melayu Muda, UMNO, PAS

Abstract

Kemunculan kesedaran kebangsaan di Terengganu adalah agak perlahan jika dibandingkan dengan kemunculan kesedaran kebangsaan di negeri-negeri lain. Meskipun sekolah pondok banyak diusahakan oleh ulama terkenal Terengganu, namun arah haluan pendidikannya lebih memberikan tumpuan kepada pendidikan agama semata-mata. Penubuhan persatuan-persatuan yang bercorak politik seperti Kesatuan Melayu Singapura dan Kesatuan Melayu Selangor turut tidak memberi inspirasi kepada orang Melayu Terengganu. Perkembangan pendidikan moden yang perlahan juga turut menyumbang kepada kurangnya minat masyarakat Melayu Terengganu terhadap hal ehwal yang bersangkutan dengan politik kepartian. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jepun di Terengganu telah memberikan kesan kepada kesedaran semangat kebangsaan dan juga perkembangan awal politik di Terengganu. Penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dianggap sebagai pembuka jalan kepada penubuhan parti-parti politik Melayu sekitar tahun 40-an. Semenjak penubuhan KMM, kesedaran politik masyarakat Melayu Terengganu menjadi bertambah kukuh kesan daripada pentadbiran Jepun. Selepas tahun 1946 masyarakat Melayu semakin bergiat aktif dalam politik sehingga turut dianggap sebagai masyarakat yang paling aktif berpolitik di Asia.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Politic Issues

How to Cite

Ilyas Abdullah, Ku Hasnan Ku Halim, & Mohammad Tawfik Yaakub. (2024). Kesan Pentadbiran Jepun terhadap Perkembangan Awal Politik di Terengganu. Human Sustainability Procedia, 4(2), 48-53. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/18363