Pembangunan Hartanah Terbiar di Malaysia Menerusi Wakaf berasaskan Al-Takyif Al-Fiqhiyy

Authors

  • Rahisam Ramli Universiti Islam Melaka Author
  • Ku Hasnan Ku Halim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Shahrina Romli Universiti Islam Melaka Author

Keywords:

Pembangunan, Wakaf, Al-Takyif Al-Fiqhiyy, Hartanah

Abstract

Pembangunan hartanah wakaf di Malaysia mempunyai potensi dalam meningkatkan tahap sosioekonomi umat Islam. Namun hartanah terbiar masih menjadi isu dan cabaran utama dalam pengurusan wakaf. Bagaiamanapun eksplorasi produk wakaf perlu sejajar dengan syarat-syarat dan operasional dari sudut syarak. Penyesuaian hukum (al-Takyif al-Fiqhiyy ) dalam menghasilkan produk wakaf memerlukan kerangka hukum syarak yang bertepatan. Kertas kerja ini menggunakan pendekatan reka bentuk kualitatif berasaskan kajian kes wakaf dalam menganalisis data. Pengumpulan data primer menggunakan rujukan seperti rujukan kitab fiqh, enakmen, garis panduan atau resolusi jawatankuasa fatwa berkaitan wakaf. Data akan dianalisis menggunakan kaedah analisis dokumen, analisis kandungan dan analisis tematik agar dapat merumuskan dapatan kajian terhadap eksplorasi produk wakaf berasaskan al-Takyif al-Fiqhiyy . Hasil kajian mendapati kaedah al-Takyif al-Fiqhiyy  sesuai dijadikan asas eksplorasi produk wakaf untuk meningkatkan kecekapan dan manfaat hartanah terbiar di Malaysia.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Contemporary issues of Islam and the sustainability of the ummah

How to Cite

Rahisam Ramli, Ku Hasnan Ku Halim, & Shahrina Romli. (2024). Pembangunan Hartanah Terbiar di Malaysia Menerusi Wakaf berasaskan Al-Takyif Al-Fiqhiyy. Human Sustainability Procedia, 4(2), 54-63. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/18364