Tahap Sosialisasi Politik Mahasiswa Melayu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pasca Pelaksanaan Undi 18

Authors

  • Nur Azah Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Asbah Razali Universiti Malaya Author
  • Mohd Syariefudin Abdullah Universiti Pendidikan Sultan Idris Author
  • Noranifitri Md Nor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nurulhuda Aseri Universiti Kebangsaan Malaysia Author

Keywords:

Sosialisasi , Politik, Melayu, Pasca Pelaksanaan Undi 18

Abstract

Kajian ini meneliti tahap sosialisasi politik mahasiswa Melayu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selepas pelaksanaan Undi 18, yang menurunkan usia kelayakan mengundi kepada 18 tahun melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perkara 119 Pindaan 2019. Perubahan ini memberi peluang kepada mahasiswa Melayu untuk terlibat secara langsung dalam politik serta meningkatkan kesedaran dan minat mereka terhadap isu politik. Berdasarkan teori sosialisasi politik, agen seperti institusi pendidikan, keluarga, rakan sebaya, dan media memainkan peranan penting dalam membentuk kesedaran politik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengukur tahap penglibatan politik mahasiswa serta impak agen sosialisasi utama. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan pandangan tentang peranan Undi 18 dalam memperkukuhkan penyertaan politik mahasiswa Melayu di Malaysia.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Politic Issues

How to Cite

Nur Azah Razali, Asbah Razali, Mohd Syariefudin Abdullah, Noranifitri Md Nor, & Nurulhuda Aseri. (2024). Tahap Sosialisasi Politik Mahasiswa Melayu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pasca Pelaksanaan Undi 18. Human Sustainability Procedia, 4(2), 69-76. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/18372