Isu-Isu Kesejahteraan Hidup Belia Felda di Malaysia
Keywords:
Kesejahteraan hidup, Belia, FeldaAbstract
Dewasa ini, kajian-kajian berkaitan kesejahteraan hidup kerap dijalankan oleh pengkaji-pengkaji. Kesejahteraan hidup bukan dilihat di kalangan komuniti dan masyarakat bandar sahaja. Malahan mencakupi komuniti dan masyarakat luar bandar. Kesejahteraan belia luar bandar di Malaysia merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kawasan luar bandar sering menghadapi pelbagai cabaran yang boleh memberi kesan kepada kualiti hidup dan masa hadapan golongan muda. Artikel ini meneroka pelbagai aspek kesejahteraan dalam kalangan belia luar bandar di Malaysia terutama belia Felda dalam pelbagai aspek termasuklah aspek ekonomi dan bukan ekonomi dan mencadangkan penyelesaian yang berpotensi untuk penambahbaikan.



