Meneroka Penglibatan Judi Online dalam Kalangan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh

Authors

  • Arwansyah Kirin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Shakila Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Edriagus Saputra Universitas Islam Negri, Indonesia Author
  • Muhammad Hafis Mohd Hussain Universiti Teknologi MARA Author
  • Mustapa Universitas Islam Sumatra Utara, Indonesia Author

Keywords:

judi online, , UTHM, , Pagoh , Kesejahteraan mental

Abstract

Judi online merujuk kepada aktiviti pertaruhan atau perjudian yang dilakukan melalui internet menggunakan platform seperti laman web atau aplikasi mudah alih. judi online menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar Universiti kerana kemudahan yang ditawarkannya. Pengguna boleh bertaruh dalam pelbagai bentuk permainan seperti pertaruhan sukan, kasino, poker dan sebagainya tanpa perlu hadir di tempat fizikal. Ianya memberi kesan negatif kepada pelajar terutama aspek akademik, sosial dan kesihatan mental seperti tekanan emosi dan kebimbangan.  Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka judi online dalam kalangan pelajar di UTHM, Pagoh. Metodologi kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan analisis deskriptif. Data dikumpul melalui borang kaji selidik dalam talian yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp menggunakan platform "Google Form." Seramai 318 pelajar UTHM Pagoh telah menjadi responden kajian ini. Kajian mendapati bahawa peratusan pelajar yang pernah terlibat dalam judi online adalah lebih rendah berbanding mereka yang tidak terlibat. Dalam konteks ini, lebih ramai pelajar universiti sedar dan memahami implikasi judi online itu terhadap akademik dan kesihatan mereka.

Downloads

Published

27-05-2025

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Kirin, arwansyah, Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar, Shakila Ahmad, Edriagus Saputra, Muhammad Hafis Mohd Hussain, & Mustapa. (2025). Meneroka Penglibatan Judi Online dalam Kalangan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Pagoh. Human Sustainability Procedia, 5(1), 24-33. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/19906