Staatsvolk dan Kestabilan Politik: Interaksi Etnik Melayu (Bumiputera) dalam Federalisme Multi Etnik Malaysia

Authors

  • Abdul Aqmar Ahmad Tajudin Universiti Teknologi MARA Author
  • Hussain Yusri Zawawi Universiti Sultan Zainal Abidin Author

Keywords:

Federalisme multi etnik, majoriti, Malaysia, Melayu Bumiputera, staatsvolk

Abstract

Perbahasan berkenaan etnisiti adalah suatu isu asas dalam membincangkan fenomena sosiopolitik di Malaysia. Kajiannya telah mendapat liputan meluas daripada pelbagai perspektif oleh banyak sarjana tempatan mahupun antarabangsa. Penyelidikan mengenai etnisiti pastinya tidak mengenepikan perbincangan berkaitan etnik Melayu dan Bumiputera yang merupakan kumpulan etnik majoriti dan paling dominan di Malaysia. Berbeza dengan kajian-kajian etnik majoriti sebelum ini, artikel ini cuba meluaskan perbahasan etnik Melayu (Bumiputera) dalam kerangka staatsvolk dan interaksinya dengan struktur federalisme multi etnik Malaysia. Artikel ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan kaedah pengumpulan data primer (temu bual separa berstruktur) dan pengumpulan data sekunder yang kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Berpandukan kepada metodologi tersebut, artikel ini berhujah bahawa staatsvolk Melayu (Bumiputera) dengan kedudukan majoriti, kelebihan etnisiti (agama, bahasa, budaya dan kedudukan istimewa) dan keberadaannya yang tersebar di seluruh unit persekutuan berupaya mendorong kestabilan persekutuan melalui cetusan kekuatan demografi etnik majoriti. Walaupun berupaya mendorong wujudnya kestabilan persekutuan, staatsvolk Melayu (Bumiputera) turut mendepani beberapa cabaran dan limitasi dalam kelangsungannya sebagai etnik majoriti. Di akhir analisis, artikel ini mendapati bahawa staatsvolk Melayu (Bumiputera) akan terus memainkan peranannya bagi mempertahan, memperjuang dan memperkasakan nilai dan identiti utama etnik mereka dalam kelangsungan federalisme multi etnik di Malaysia, sama ada diperingkat kewilayahan, mahupun kebangsaan. Ia akan terus memanfaatkan kelebihannya agar demographic strength terus wujud dalam berhadapan dengan tuntutan dan desakan etnik minoriti.

Author Biography

  • Hussain Yusri Zawawi, Universiti Sultan Zainal Abidin

    Belia merupakan penyarah kanan di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu. Minat penyelidikan beliau adalah federalisme.

Downloads

Published

27-05-2025

Issue

Section

Politic Issues

How to Cite

Ahmad Tajudin, A. A., & Zawawi, H. Y. (2025). Staatsvolk dan Kestabilan Politik: Interaksi Etnik Melayu (Bumiputera) dalam Federalisme Multi Etnik Malaysia. Human Sustainability Procedia, 5(1), 34-46. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/19917