Memperkasa Generasi Agropreneur Muda Melalui Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)

Authors

  • Fadillah Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Harliana Halim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norizan Rameli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Md Asrul Nasid Masrom Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Pembelajaran berasaskan projek, MADANI, Argopeneur

Abstract

Kekurangan penyertaan belia dalam sektor pertanian menjadi isu kritikal di Malaysia, yang mengancam kelestarian sumber makanan negara. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, namun kurangnya pendekatan pedagogi yang praktikal dan kontekstual menghambat keberkesanan usaha ini. Kertas konsep ini membincangkan potensi pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning – PBL) dalam memperkasakan generasi agropreneur muda melalui pendidikan pertanian yang holistik. PBL dapat mengintegrasikan pengetahuan teori dan amali, memperkukuh kemahiran keusahawanan, serta menggalakkan daya cipta dan nilai lestari selari dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Kajian literatur menunjukkan bahawa PBL berupaya meningkatkan minat, motivasi dan kompetensi pelajar dalam bidang agropreneur apabila disokong oleh fasilitator berpengalaman, infrastruktur latihan, dan hubungan industri. Kertas ini mencadangkan satu kerangka konseptual pelaksanaan PBL dalam pendidikan agropreneur di peringkat menengah, dan membuka ruang untuk kajian empirik di masa akan datang.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

ismail, fadillah, Halim, H. . ., Rameli, N. ., & Masrom, M. A. N. . (2025). Memperkasa Generasi Agropreneur Muda Melalui Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL). Human Sustainability Procedia, 5(2), 19-29. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/21592