Agropreneur Muda sebagai Aset Strategik Negara: Memposisikan TVET Pertanian dalam Kerangka Pembangunan Negara MADANI

Authors

  • Fadillah Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zulida Abdul Kadir Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Kamilah Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zahrul Akmal Damin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

TVET, PERTANIAN, AGROPRENEUR MUDA, SEKURITI MAKANAN, PENDIDIKAN LESTARI

Abstract

Malaysia sedang berdepan dengan cabaran penuaan tenaga kerja dalam sektor pertanian, di mana purata umur petani kini melebihi 50 tahun. Dalam masa yang sama, minat belia terhadap pertanian terus merosot akibat persepsi negatif dan kurangnya laluan kerjaya yang jelas. Artikel ini mengemukakan hujahan konsep bahawa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) pertanian perlu diposisikan semula sebagai landasan strategik untuk membentuk generasi agropreneur muda yang berdaya saing. Dengan menjadikan pemikiran Malaysia MADANI sebagai asasyang menekankan kemampanan, kesejahteraan dan daya ciptaartikel ini mencadangkan pendekatan bersepadu yang melibatkan sekolah, institusi TVET, agensi kerajaan, dan industri dalam membentuk ekosistem pembelajaran pertanian moden. Cadangan ini turut menyorot keperluan menyusun semula dasar pendidikan dan ekonomi agar lebih mesra belia luar bandar, serta menyokong matlamat pembangunan lestari dan keselamatan makanan negara. Model pelaksanaan seperti Projek Roselle Young Agropreneur (ROSE) turut dijadikan rujukan untuk membuktikan keberkesanan pendekatan TVET berasaskan komuniti. Secara keseluruhannya, artikel ini mencadangkan rangka tindakan nasional untuk memperkasa agropreneur muda sebagai aset strategik dalam pembangunan negara masa hadapan

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

ismail, fadillah, Abdul Kadir , Z. ., Ahmad, K., & Damin, Z. A. (2025). Agropreneur Muda sebagai Aset Strategik Negara: Memposisikan TVET Pertanian dalam Kerangka Pembangunan Negara MADANI. Human Sustainability Procedia, 5(2), 30-36. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/21593