Federalisme Simetri-Asimetri dalam Konteks Malaysia: Satu Analisis Konseptual

Authors

  • Muhaymin Hakim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Lutfan Jaes Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Kyizzad Mesran Universiti Malaya Author

Keywords:

Federalisme, Simetri-Asimetri, Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Sabah, Sarawak

Abstract

Struktur federalisme Malaysia menampilkan bentuk yang unik dan dinamik apabila prinsip asas federalisme simetri disesuaikan dengan ciri-ciri asimetri bagi mengakomodasi kepelbagaian sejarah, budaya dan realiti geopolitik negeri-negeri tertentu seperti Johor, Sabah dan Sarawak. Artikel ini menjalankan analisis konseptual dan kritis terhadap pendekatan federalisme fleksibel di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada dimensi sejarah, perundangan dan institusi yang membentuk ciri-ciri asimetri tersebut. Kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan federalisme Malaysia cenderung bersifat quasi-federal, dengan kecenderungan dominasi pusat yang sering menjejaskan prerogatif negeri. Isu seperti campur tangan persekutuan dalam hal ehwal agama, ketidakseimbangan agihan fiskal serta marginalisasi wilayah luar pusat telah mencetuskan ketegangan pusat-negeri dan meningkatkan sentimen anti-federal. Justeru, artikel ini mencadangkan keperluan reformasi struktur yang meliputi penegasan bidang kuasa negeri, penubuhan suruhanjaya agihan kewangan antara kerajaan, pengukuhan mekanisme semak dan imbang, serta pendidikan sivik mengenai federalisme. Hasil analisis menunjukkan bahawa federalisme asimetri yang dipraktikkan secara konsisten dan inklusif berpotensi memperkukuh integrasi nasional serta mencerminkan keadilan antara wilayah dalam kerangka Persekutuan Malaysia.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Politic Issues

How to Cite

Muhaymin Hakim, Lutfan Jaes, & Mesran, M. K. . (2025). Federalisme Simetri-Asimetri dalam Konteks Malaysia: Satu Analisis Konseptual. Human Sustainability Procedia, 5(2), 37-52. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/21594