Rumah Mampu Milik Pulau Pinang: Dasar, Akses dan Cabaran

Authors

  • Norizan Rameli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Dani Salleh Universiti Utara Malaysia Author
  • Fariha Ramli Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd Author

Keywords:

Rumah mampu milik, dasar perumahan, Anak tak sah taraf; Implikasi;Resolusi;Dasar awam Pulau Pinang, perumahan mampan, pemilikan rumah

Abstract

Isu perumahan mampu milik terus menjadi cabaran utama dalam konteks urbanisasi pesat, khususnya di negeri maju seperti Pulau Pinang. Artikel ini membincangkan pelaksanaan tiga dasar utama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Dasar Rumah MutiaraKu, Dasar Penjualan dan Pemilikan Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah, serta Dasar Melestarikan, Melariskan dan Mempergiatkan Penjualan Rumah Mampu Milik. Tumpuan diberikan terhadap aspek kelayakan, mekanisme permohonan, kawalan pemilikan dan keterjangkauan harga berdasarkan kategori pendapatan isi rumah. Dapatan menunjukkan bahawa walaupun dasar-dasar ini dirangka dengan struktur yang sistematik dan inklusif, pelaksanaannya masih berdepan dengan cabaran dari segi pemantauan, ketelusan, dan kesesuaian harga dengan realiti semasa. Oleh itu, penambahbaikan menyeluruh diperlukan bagi memastikan dasar perumahan mampu milik benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dan menyumbang ke arah pembangunan perumahan yang adil dan mampan.

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Economic and Development

How to Cite

Rameli, N., Dani Salleh, & Ramli, F. . (2025). Rumah Mampu Milik Pulau Pinang: Dasar, Akses dan Cabaran. Human Sustainability Procedia, 5(2), 64-70. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/21721