Menelusuri Cabaran Nilai Sosial dalam Era Digital: Analisis Literatur Konseptual Berasaskan Etika dan Peradaban
Keywords:
Cabaran, Nilai Sosial, Digital, Konseptual , Etika dan PeradabanAbstract
Kemajuan teknologi digital telah mengubah secara drastik cara manusia berinteraksi, membina nilai dan memahami peradaban. Artikel ini membincangkan cabaran etika dan penghakisan nilai sosial dalam era digital melalui pendekatan tinjauan literatur konseptual. Fokus diberikan kepada isu privasi, penyebaran maklumat palsu, bias algoritma, serta impak kecerdasan buatan (AI) terhadap nilai kemanusiaan dan warisan budaya. Perbincangan ini dianalisis melalui tiga pendekatan etika utama: Konsekuensialis, Deontologis dan Etika Kebajikan. Artikel ini turut mengetengahkan strategi seperti pendidikan etika digital sejak awal, pemuliharaan budaya melalui platform moden, dan penguatkuasaan dasar teknologi yang beretika. Cabaran seperti ketagihan media sosial, buli siber, dan penggunaan teknologi tanpa kawalan turut dibincangkan sebagai faktor yang menyumbang kepada kemerosotan nilai sosial dan identiti budaya. Artikel ini menyeru kepada pendekatan kolektif antara kerajaan, institusi pendidikan, pencipta kandungan dan masyarakat untuk membina ekosistem digital yang bukan sahaja canggih, tetapi juga berperadaban dan berjiwa manusia.



