Adaptasi Perubahan Iklim dan Ketahanan Komuniti di Kawasan Pesisiran Pantai: Suatu Kajian Tinjauan Sistematik

Authors

  • Fauziah Ani Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zahrul Akmal Damin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norizan Rameli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nur Azah Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Perubahan Iklim, , Komuniti Pesisir, Adaptasi Berasaskan Komuniti, Pembangunan Lestari, Ketahanan Komuniti, Ekosistem Pantai

Abstract

Perubahan iklim kini menjadi ancaman kritikal terhadap kelestarian komuniti pesisir pantai di seluruh dunia, khususnya di negara membangun yang bergantung kepada sumber semula jadi dan aktiviti ekonomi tempatan. Fenomena kenaikan paras laut, hakisan pantai, peningkatan suhu, serta kejadian cuaca ekstrem telah menjejaskan infrastruktur, mata pencarian, keselamatan sosial dan kestabilan ekonomi komuniti pesisir. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menilai strategi adaptasi dan ketahanan komuniti pesisir terhadap perubahan iklim melalui Kaedah Kajian Tinjauan Sistematik (Systematic Literature Review – SLR). Proses semakan berpandukan Protokol PRISMA 2020, melibatkan carian dalam pangkalan data Scopus, Web of Science (WOS), ERA dan Google Scholar bagi tempoh 2000–2025. Daripada 1,028 artikel yang dikenal pasti, sebanyak 74 artikel memenuhi kriteria kemasukan dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik Braun dan Clarke (2006). Dapatan kajian menunjukkan tiga tema utama iaitu: (1) kesan sosioekonomi perubahan iklim terhadap komuniti pesisir, (2) mekanisme adaptasi dan daya tahan komuniti melalui pendekatan sosial, teknologi dan berasaskan alam semula jadi, dan (3) jurang serta cabaran dalam pelaksanaan adaptasi yang melibatkan aspek dasar, kapasiti institusi dan ketidaksamarataan sosial. Kajian ini menegaskan kepentingan pendekatan adaptasi berasaskan komuniti (CBA) dan penyertaan aktif masyarakat dalam perancangan pengurusan risiko iklim. Kajian ini memberikan gambaran menyeluruh terhadap arah penyelidikan terdahulu dan mencadangkan keperluan integrasi pengetahuan tempatan, pengukuhan dasar inklusif serta pembangunan indikator ketahanan komuniti yang komprehensif. Secara keseluruhan, sintesis ini menyumbang kepada pengukuhan kerangka adaptasi perubahan iklim yang lebih adil, berasaskan bukti dan selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 11 dan SDG 13).

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

ANI, F., Damin, Z. A. ., Rameli, N. ., & Razali, N. A. . (2025). Adaptasi Perubahan Iklim dan Ketahanan Komuniti di Kawasan Pesisiran Pantai: Suatu Kajian Tinjauan Sistematik. Human Sustainability Procedia, 5(2), 109-117. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/21832