Integriti sebagai Asas Umran: Nilai, Akhlak Pemerintahan dan Kelestarian Institusi

Authors

  • Harliana Halim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Farah Deena Md Rapee Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Adila Mohd Zin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Chien Jing Ngu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Nur Azah Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

integriti institusi, tadbir urus, akauntabiliti, nilai etika, Ibn Khaldun, umran, matriks integriti-umran, kelestarian institusi

Abstract

Makalah ini membincangkan integriti sebagai asas utama kepada umran (peradaban) melalui hubungan antara nilai etika, akhlak pemerintahan dan kelestarian institusi. Kajian ini berpaksikan teori Ibn Khaldun yang menegaskan bahawa keadilan dan amanah merupakan prasyarat kepada kemakmuran tamadun, manakala kezaliman dan rasuah menjadi punca utama keruntuhan sosial. Berdasarkan analisis dokumen dan kajian kes, kajian ini memperkenalkan satu kerangka konseptual baharu iaitu Matriks “Integriti–Umran”, yang merangkumi tiga dimensi utama: (i) nilai (norma etika dan kepimpinan berintegriti), (ii) proses (kapasiti pelaksanaan dan sistem sokongan), dan (iii) akauntabiliti (pengawasan, ketelusan dan penguatkuasaan). Hasil kajian menunjukkan bahawa kelestarian institusi bergantung pada keseimbangan antara ketiga-tiga dimensi ini. Apabila nilai etika dihayati, proses pelaksanaan mantap, dan akauntabiliti dijamin, integriti institusi dapat mewujudkan kepercayaan warga, meningkatkan keberkesanan tadbir urus, serta menyumbang kepada pembangunan umran yang lestari. Kajian ini turut mencadangkan langkah dasar bagi memperkukuh pelaksanaan integriti di institusi pendidikan tinggi, termasuk pengarusperdanaan pendidikan etika, penambahbaikan struktur integriti nasional, dan penerapan teknologi digital bagi ketelusan serta pemantauan. Kesimpulannya, makalah ini menegaskan bahawa integriti bukan sekadar prinsip moral, tetapi merupakan jiwa kepada kelangsungan peradaban dan legitimasi institusi 

Downloads

Published

23-11-2025

Issue

Section

Leadership and Integrity

How to Cite

Halim, H., Md Rapee, F. D., Mohd Zin, A., Ngu, C. J., & Razali, N. A. (2025). Integriti sebagai Asas Umran: Nilai, Akhlak Pemerintahan dan Kelestarian Institusi. Human Sustainability Procedia, 5(2), 118-131. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/21838