Personaliti Big Five Dengan Prestasi Kerja Pengurusan Sumber Manusia
Keywords:
Personaliti, Prestasi Kerja, Pegawai Sumber ManusiaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara personaliti dengan prestasi kerja. Responden kajian adalah seramai 94 orang pekerja di bahagian pengurusan sumber manusia dari 17 buah organisasi di kawasan perindustrian Senai. Kajian personaliti ini diukur berdasarkan lima domain personaliti iaitu Extraversion, Neuroticism, Agreeableness, Conscientiousness, dan Openness to Experience dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science Version 12 (SPSS) menerusi analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifkan dan positif di antara personaliti dengan prestasi kerja pekerja. Dalam kajian ini, domain personaliti Conscientiousness merupakan personaliti yang paling utama dimiliki oleh pekerja dibahagian sumber manusia.