Kesan Gaya Kepimpinan Leader-Member Exchange (LMX) Terhadap Tingkah Laku Kerja Inovatif Dan Komitmen Organisasi
Keywords:
Gaya kepimpinan Leader-Member Exchange, Tingkah laku kerja inovatif, Komitmen organisasi, Komitmen pekerja, Sektor makananAbstract
Kesan Gaya Kepimpinan Leader-Member Exchange (LMX) Terhadap Tingkah Laku Kerja Inovatif Dan Komitmen Organisasi
Nor Athirah Binti Ismail1, Fadillah Binti Ismail2
Faculty of Technology Management and Business, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor,
MALAYSIA.
Email:ap180082@siswa.uthm.edu.my, fadillah@uthm.edu.my
Abstrak: Gaya Kepimpinan Leader-Member Exchange memainkan peranan yang penting dalam memastikan wujudnya hubungan berkualiti antara pemimpin dan pengikutnya. Dalam situasi sekarang, terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh organisasi. Antaranya ialah memastikan berlakunya peningkatan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja dan peningkatan komitmen terhadap organisasi. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengukur tahap gaya kepimpinan Leader-Member Exchange dalam kalangan pemimpin dan mengenalpasti kesan gaya kepimpinan Leader-Member Exchange terhadap tingkah laku kerja inovatif dan komitmen organisasi dari kalangan kakitangan Syarikat Faiza Sdn Bhd. Borang soal selidik telah dikumpulkan dari 80 orang kakitangan di Syarikat Faiza Sdn Bhd. Data dan maklumat yang diperoleh direkodkan dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian ini menunjukkan nilai R Square = 0.370 bagi tingkah laku kerja inovatif dan R Square = 0.193 bagi komitmen organisasi melalui gaya kepimpinan Leader-Member Exchange. Ini membuktikan terdapat kesan yang signifikan antara gaya kepimpinan Leader-Member Exchange terhadap tingkah laku kerja inovatif dan komitmen organisasi. Oleh itu, gaya kepimpinan LMX haruslah diterapkan ke dalam diri setiap pemimpin di Syarikat Faiza Sdn Bhd untuk memastikan kakitangan syarikat lebih berinovatif dalam melakukan tugasan dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi.
Kata kunci: Gaya kepimpinan Leader-Member Exchange, Tingkah laku kerja inovatif, Komitmen organisasi, Komitmen pekerja, Sektor makanan.