Analisis Tinjauan Literatur Sistematik (SLR): Elemen Humanisme dalam Sistem Pendidikan
Keywords:
Dasar Awam, Pendidikan, Elemen Humanisme, Pendidikan Humanisme, HumanistikAbstract
Abstrak: Pendidikan merupakan satu proses pembelajaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan serta didikan nilai kemanusiaan yang perlu diberikan kepada setiap insan untuk dimanfaatkan. Namun, elemen pendidikan humanisme sering dilupakan. Kegagalan dalam menerapkan elemen ini ketika pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan akan memberi kesan kepada peningkatan permasalahan isu sosial di negara ini. Malah pelajar juga kurang minat untuk bersekolah kerana kebebasan serta kreativiti mereka seolah-olah disekat akibat kurangnya prihatin terhadap penyampaian secara humanistik ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti elemen terkini humanisme dalam pendidikan supaya dapat diperkasakan oleh tenaga pengajar. Kaedah PICo digunakan untuk membina persoalan kajian dan rangka kerja PRISMA digunakan sebagai garis panduan untuk proses semakan, setiap artikel yang dikumpul, diekstrak dengan teliti daripada pangkalan data Scopus dan Google Scholar. Elemen pendidikan humanisme adalah penting bagi menerapkan didikan secara humanistik sistem pendidikan. 10 elemen humanisme yang dikenal pasti adalah elemen berdikari, kebebasan, kesedaran, prihatin, sahsiah diri, integriti, kemanusiaan, tanggungjawab, rohani dan sokongan. Justeru, pendidikan humanisme diharap dapat membangunkan kemahiran fizikal dan kemahiran insaniah bagi melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan relevan dengan keperluan semasa negara
yang mempunyai ciri unggul dan sahsiah diri yang optimum. Malah kajian akan datang boleh dijalankan untuk menjelaskan lebih banyak cara pendekatan humanisme dalam pendidikan sebagai pengetahuan asas bagi semua pihak.
Kata Kunci: Dasar Awam, Pendidikan, Elemen Humanisme, Pendidikan Humanisme, Humanistik