Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia: Antara Harapan dan Realiti

Authors

  • riki uthm
  • Maifuza Abdul Malik
  • Nor Shela Saleh

Keywords:

Kesepaduan masyarakat, keharmonian, masyarakat majmuk, kesejahteraan

Abstract

Pembentukan masyarakat majmuk dan hubungan kaum di Malaysia telah terjalin lama. Ia telah bermula sebelum kedatangan penjajah dan usaha ini masih diteruskan sehingga kini. Hubungan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni walaupun berbeza dari segi budaya dan agama merupakan elemen penting dalam pembentukan kesepaduan masyarakat di Malaysia. Kesepaduan dan keharmonian ini menjadi harapan masyarakat Malaysia bagi melihat dan memastikan komuniti dan negara berada dalam keadaan yang stabil. Walaubagaimanapun, usaha mengharmonikan masyarakat majmuk ini menghadapi cabaran yang agak besar dan jika dibiarkan berlarutan ia akan menyebabkan Malaysia kembali kepada zaman kelam sepertimana yang berlaku pada 13 mei 1969. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan harapan masyarakat Malaysia terhadap kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat majmuk dan menawarkan kaedah bagi mengelakkan masyarakat daripada berpecah satu sama lain. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan soal selidik kepada 101 orang responden. Soal selidik ini disebarkan secara rawak menerusi Google Form kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Dapatan menunjukkan harapan rakyat Malaysia untuk melihat keadaan masyarakat pelbagai yang harmoni dan stabil adalah tinggi.  Bagaimanapun, dari segi realitinya tahap kesepaduan masyarakat antara kaum di negara ini masih tidak sepertimana yang diharapkan, iaitu hanya 36.7% dan 20.4% yang menyatakan setuju dan sangat setuju bahawa tahap kesepaduan di Malaysia adalah tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagi mempertingkatkan kesepaduan dalam masyarakat, kerajaan mesti mempergiatkan lagi usaha yang berterusan bagi mencapai matlamat kesepaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Selain itu, setiap individu mestilah memperkukuh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian mereka.

Downloads

Published

02-07-2023

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

riki, Maifuza Abdul Malik, & Nor Shela Saleh. (2023). Kesepaduan Masyarakat Majmuk di Malaysia: Antara Harapan dan Realiti. Human Sustainability Procedia, 3(1), 1-11. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/9780