Pemeriksaan Cerun Secara Visual di Bukit Putus,Negeri Sembilan Menggunakan Kaedah Fotogrametri

Authors

  • Muhammad Muhriz Mazani
  • Aiman Amiera Mohd Nasir
  • Nur Nadhirah Nabilah Rahzaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Masiri Kaamin

Keywords:

Cerun, Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Model Rupa Bumi (DTM), Model Permukaan Digital (DSM), Imej Orthomosaic

Abstract

Pemeriksaan cerun adalah salah satu aktiviti penyenggaraan dan pemantauan untuk cerun-cerun yang berisiko tinggi. Kaedah konvensional yang digunakan untuk pemantauan pada masa kini amat berbahaya kerana pekerja perlu mendaki bukit untuk mendapatkan data dimana ianya boleh berlakunya kemalangan yang serius. Maka, kaedah UAV fotogrametri telah digunakan sebagai alternatif untuk memeriksa keadaan cerun secara visual. Kajian ini dijalankan dengan merakam imej dengan pesawat UAV dan aplikasi Pix4DCapture dan diproses dengan menggunakan UAV akan diproses dengan menggunakan Pix4Dmapper untuk menghasilkan imej orthomosaic, model rupa bumi digital (DTM) dan model permukaan digital (DSM). Seterusnya daripada data imej itu ianya dapat menghasilkan tiga analisis iaitu penentuan cerun, kecacatan cerun dan kawasan tadahan air dengan menggunakan perisian Global Mapper. Hasil kajian ini menunjukkan kelas cerun di Bukit Putus bagi kedua-dua cerun adalah >35° iaitu kategori G yang merupakan kawasan yang mempunyai cerun yang sangat curam. Analisis kecacatan cerun dalam kajian ini mempunyai dua jenis iaitu rekahan dan litupan tumbuhan. Terdapat lima rekahan dan lapan litupan tumbuhan pada kedua-dua cerun tersebut. Seterusnya, kawasan tadahan air juga dapat ditentukan dimana setiap arah aliran air melalui saluran yang betul dan menuju terus ke kawasan longkang.

Downloads

Published

22-01-2024

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Mazani, M. M., Mohd Nasir, A. A., Rahzaman, N. N. N., & Masiri Kaamin. (2024). Pemeriksaan Cerun Secara Visual di Bukit Putus,Negeri Sembilan Menggunakan Kaedah Fotogrametri. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(1), 102-109. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/11843