Kajian Kes Kegagalan Cerun di Jalan Persekutuan Laluan FT185 dengan Menggunakan UAV

Authors

  • Muhammad Arif Danial Mohd Nazaruddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Fatin Amiera Hafizul Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Masiri Kaamin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ahmad Hakimi Mat Nor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Siti Nooraiin Mohd Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

UAV (Unmanned Aerial Vehicle), Digital Terrain Model (DTM) , Digital Surface Model (DSM),, Kegagalan Cerun

Abstract

Kejadian tanah runtuh merupakan tragedi bencana alam yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Tambahan pula, kejadian tanah runtuh bukan sahaja akan merosakkan landskap semulajadi sesebuah kawasan, malah mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerugian harta benda yang besar kepada mangsa yang terlibat. Oleh yang demikian tujuan tujuan menyelidikan ini adalah untuk membuat pemerhatian secara visual keadaan cerun yang telah dibaik pulih dengan menggunakan teknologi UAV. Penyelidikan cerun di kawasan Jalan Persekutuan Laluan FT185, Seksyen 27.20, Jalan Simpang Pulai – Gua Musang ini adalah susulan daripada tragedi kegagalan cerun di Kawasan tersebut. Pernyataan masalah yang dikemukakan bagi kajian ini adalah kegagalan cerun di Jalan Persekutuan kerana kegagalan longkang pemintas yang telah mengakibatkan kemalangan jiwa akibat bencana tanah runtuh. Penyelidikan dan analisis data daripada penggunaan teknologi yang terkini dapat menjimatkan masa dan tenaga pengkaji. Matlamat kajian dapat dicapai dengan menggunakan UAV (Unmanned Aerial Vehicle) untuk memantau keadaan kestabilan cerun. Oleh yang demikian, pengunaan UAV dengan kombinasi perisian komputer seperti Pix4Dmapper, Pix4Dcapture dan Global Mapper adalah untuk menjana imej orthomosaic, Digital Terrain Model (DTM) dan Digital Surface  Model (DSM) bagi tujuan menganalisa kawasan kajian. Hasil analisa kajian adalah tertumpu kepada perolehan darjah kecerunan cerun, analisa kawasan tadahan air  dan perbandingan data kajian dengan laporan penyelenggaraan cerun.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Fatin Amiera Hafizul, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

     

     

  • Masiri Kaamin, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

     

     

  • Ahmad Hakimi Mat Nor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

     

     

Downloads

Published

11-12-2024

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Muhammad Arif Danial Mohd Nazaruddin, Hafizul, F. A. ., Masiri Kaamin, Mat Nor, A. H. ., & Siti Nooraiin Mohd Razali. (2024). Kajian Kes Kegagalan Cerun di Jalan Persekutuan Laluan FT185 dengan Menggunakan UAV. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 42-49. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/11873