Mesin Baja Kompos

Authors

  • Syed Muhammad Nazrin Syed Ariff Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Wan Aniq Zikrie Wan Yusrie Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Meor Ahmad Heykal Abdul Halim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Suhairi Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mahmod Abd Hakim Mohamad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Shahir Yahya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Mesin baja kompos, baja kompos, sisa makanan

Abstract

Baja kompos adalah baja organik yang dihasilkan melalui penguraian bahan organik seperti sisa makanan dan sayuran, melibatkan mikrorganisma seperti bakteria dan cacing tanah. Baja ini kaya dengan nutrisi penting seperti nitrogen, fosforus, dan kalium yang memperbaiki kesuburan tanah dan pertumbuhan tanaman. Namun, proses pembuatan baja kompos tradisional memerlukan masa yang lama dan memerlukan mesin mahal. Artikel ini membincangkan pembangunan prototaip mesin baja kompos yang direka untuk mengatasi isu pengurusan sisa makanan dan pembuatan baja kompos dengan lebih berkesan. Masalah utama yang dikenalpasti adalah pengurusan sisa makanan di kawasan luar bandar yang tidak teratur. Untuk menangani masalah ini, mesin baja kompos dicadangkan untuk direka bentuk, yang akan mengisar dan mengaul sisa makanan menjadi baja kompos. Proses pembangunan melibatkan rekabentuk, pemilihan bahan dan fabrikasi. Mesin yang dihasilkan berjaya menggabungkan fungsi menghancurkan sisa makanan dan pencampuran bahan untuk menghasilkan baja. Pengujian menunjukkan mesin ini sesuai untuk kegunaan rumah dengan ukuran yang kompak, dan pengujian terhadap tanaman menunjukkan keberkesanan kompos yang dihasilkan dalam meningkatkan pertumbuhan pokok. Kesimpulannya, mesin baja kompos yang dibangunkan memenuhi objektif utama dalam memudahkan proses penguraian dan pencampuran sisa makanan, serta menawarkan penyelesaian praktikal untuk pengurusan sisa makanan dan pengeluaran baja kompos.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-12-2024

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Syed Muhammad Nazrin Syed Ariff, Wan Aniq Zikrie Wan Yusrie, Meor Ahmad Heykal Abdul Halim, ISMAIL, S., Mahmod Abd Hakim Mohamad, & Mohd Shahir Yahya. (2024). Mesin Baja Kompos. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 131-136. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/13844