Penghasilan Biogas: Proses Fermentasi Anaerobik Najis Lembu

Authors

  • Muhammad Syafiq Reduan Nor Lizam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Siti Nur Aqilah Jummary Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Salman Syimir Husain Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ghazali Kadis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Noor Azizah Sidek Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Biogas, Fermentasi Anaerobik, Najis Lembu, Mikrob

Abstract

Biogas adalah tenaga alternatif yang boleh diolah menjadi sumber tenaga di mana jumlahnya adalah banyak dan berada di sekeliling kita. Tumbuh-tumbuhan, sampah organik dan najis haiwan dapat menghasilkan biogas yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga pengganti minyak, gas, kayu bakar dan bahan bakar di mana biogas merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Penghasilan biogas ini telah banyak dijalankan dan digunakan di kawasan pedalaman, lebih-lebih lagi di negara Indonesia. Namun begitu, sistem yang dibina adalah kurang menitikberatkan faktor keselamatan. Gas yang mempunyai kemampuan menyalakan api hendaklah diberi perhatian dalam faktor keselamatan. Binaan sistem yang tidak berapa kukuh dan kemas boleh mengakibatkan sistem tersebut mengalami kegagalan seperti kebocoran dan kerosakan. Oleh itu, proses penghasilan biogas dikaji dengan membangunkan tangki yang direka bentuk khas untuk menjadi tempat penyimpanan najis lembu. Seterusnya, kehadiran biogas diuji dengan cara nyalaannya dan kaedah yang digunakan ialah proses fermentasi anaerobik. Najis lembu sebanyak 68 kg yang dicampurkan dengan air mengikut nisbah 1:1 akan dimasukkan ke dalam tangka dan proses seterusnya adalah menunggu biogas itu terhasil dari campuran tersebut. Mengikut kajian, masa minimum untuk menunggu biogas tersebut dihasilkan adalah sekurang-kurangnya 14 hari. Daripada uji kaji yang telah dijalankan, penghasilan biogas daripada campuran najis lembu dan air ini telah berjaya. Ujikaji yang dijalankan ini juga dapat menghasilkan biogas daripada najis lembu tanpa menggunakan mikrob tambahan mahupun pemangkin. Selepas menjalankan kajian yang sebenar, tangki yang direka juga dapat berfungsi dengan baik, iaitu dapat menyimpan najis lembu dengan baik tanpa berlakunya kebocoran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-12-2024

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Muhammad Syafiq Reduan Nor Lizam, Siti Nur Aqilah Jummary, Salman Syimir Husain, Kadis, G., & Noor Azizah Sidek. (2024). Penghasilan Biogas: Proses Fermentasi Anaerobik Najis Lembu. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 192-197. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/13857