Mesin Pembersih Pantai Hermit Crab

Authors

  • Hafsa Mohammad Noor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Rusyaidi Nukhairin Rozaini Risham Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammed Danial Mohamad Nor Apendi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Fadhil Abdul Rahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Mesin Pembersih Pantai, Pencemaran Pantai, Tong Penapis, Sampah

Abstract

Pencemaran pantai di Malaysia adalah isu yang semakin mendapat perhatian. Terdapat pelbagai jenis sampah yang mencemarkan keindahan pantai disebabkan oleh tingkah laku pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran ini membahayakan hidupan akuatik dan fauna liar yang berkeliaran di pantai Malaysia. Untungnya, terdapat banyak masyarakat dan sukarelawan yang bergiat dalam kempen membersihkan pantai dan mengadakan aktiviti pengutipan serta pembersihan pantai. Namun, kaedah manual dengan menggunakan tangan kosong terkadang tidak efisien dan mungkin membahayakan penglibatan mereka. Walaupun ada penyelidik dan jurutera yang telah mencipta mesin pembersih yang berkesan, kos tinggi sering menjadi penghalang kepada aksesibiliti mesin tersebut. Mesin Pembersih Pantai Hermit Crab menjanjikan penyelesaian yang berpotensi. Ia menggunakan teknologi jengkaut dan tong penapis untuk mengutip dan membersihkan sampah yang terperangkap dalam pasir. Reka bentuk khas tong penapis membolehkan pemisahan yang berkesan antara sampah dan pasir. Hasilnya sangat positif, dengan mesin Hermit Crab mengurangkan masa pembersihan dan penggunaan tenaga sebanyak 56.2% berbanding kaedah manual. Mesin ini telah melalui pelbagai peningkatan untuk memastikan kelancaran pengurusan oleh pengguna dan kesan positif terhadap alam sekitar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-12-2024

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Mohammad Noor, H., Rozaini Risham, R. N. ., Mohamad Nor Apendi, M. D. ., & Abdul Rahim, M. F. . (2024). Mesin Pembersih Pantai Hermit Crab. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 137-144. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/13859