Alat Bantu Punggah Buah Tandan Segar
Keywords:
Alat Pemunggah Kelapa Sawit, Alat Memunggah Buah Tandan Segar, Buah Tandan Segar, ErgonomikAbstract
Malaysia merupakan antara negara pengeksport utama minyak sawit dunia. Industri minyak sawit memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi malaysia. Proses pemunggahan buah tandan segar jelas sekali meremehkan dan mengundang pelbagai masalah kepada peladang. Masalah yang pertama ialah keadaan yang tidak ergonomik ketika kerja pemunggahan buah tandan segar ingin di tempatkan di dalam lori transit. Selain itu juga, terdapat juga buah tandan segar yang telah hancur dan lerai ketika proses pengumpulan yang dilihat sebagai suatu hal yang sukar ketika proses pemunggahan ke atas lori. Tambahan lagi, sesetengah buah tandan segar tidak mampu diangkat peladang kerana terlalu berat dan memerlukan dua orang bagi di punggah ke atas lori. Dalam kajian ini, alat bantu punggah buah tandan segar bertujuan untuk memudahkan kerja kerja pemindahan buah tandan segar ke dalam lori. Produk ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pengguna bagi memudahkan proses pemindahan buah tandan segar ke dalam lori transit malah mampu mempercepat masa yang diambil bagi seorang pekerja untuk memindahkan buah kelapa sawit ke dalam lori serta memastikan postur tubuh yang sihat. Sistem penghantar digunakan bagi mekanisme pangangkutan buah tandan segar ke dalam lori. Produk ini dilengkapi dengan penghadang sisi dan pembahagi masing masing bertujuan bagi mengelakkan buah tandan segar jatuh ke sisi dan bergolek kebelakang. Motor arus terus berkuasa 220 V dijadikan sumber kuasa sistem penghantar ini disambungkan menggunakan tali sawat. Hasil penyelidikan menunjukkan penjimatan masa sebanyak 80% dan membuktikan bahawa keadaan ataupun postur badan pengguna lebih ergonomik. Rekabentuk yang dihasilkan boleh dijadikan rujukan oleh penyelidik akan dating agar memberi manfaat kepada sektor sawit Malaysia.



