Alat Penebuk Kelapa
Keywords:
Penebuk Kelapa, Masa, Tenaga, Kestabilan, Mesin Separuh AutomatikAbstract
Air kelapa merupakan salah satu air buah yang paling popular di Malaysia. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada dapatan bahawa penggunaan per kapita kelapa di Malaysia adalah sebanyak 17 seorang setiap tahun, di mana dengan pertambahan penduduk dijangka pada tahun 2020 keperluan kelapa di Malaysia adalah sebanyak 1.2 bilion setiap tahun termasuk untuk kegunaan kilang. Proses mendapatkan air kelapa menjadi agak sukar bagi sesetengah perniagaan yang menggunakan kaedah manual. Ini kerana teknik ini memakan banyak masa, tenaga, dan risiko keselamatan. Untuk mengatasi masalah ini, D’Coconut Puncher telah direka untuk memendekkan masa yang diambil untuk memotong kelapa. Mesin ini merupakan mesin separa automatik dan tidak memerlukan penggunaan tenaga kerja yang ramai. Paten dan mesin sedia ada digunakan sebagai sumber untuk menjana idea bagi mendapatkan konsep bagi mekanisme projek ini. Konsep terbaik akan diterjemahkan ke dalam perisian SolidWork. Menggunakan pengiraan teori dan hasil kajian kami, alat ini boleh dihasilkan dengan modal RM300.00 sahaja. Dengan memanfaatkan jumlah ini, mesin ini dapat membantu peniaga air kelapa menyiapkan tugasan mereka dengan lebih cekap dan mudah.
View Synonyms and Definitions



