Pencakar Daun Mekanikal

Authors

  • Nurmina Abdullah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Zaim Redhuan Zehar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Yusof Zulkiflee Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Nurhafizuddin Muhammad Rizal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Penxakar Daun Mekanikal, Daun Kering, Sampah, Kawasan Pantai

Abstract

Projek yang ingin dilaksanakan oleh pengkaji bagi subjek Projek Tahun Akhir ini adalah untuk memastikan kawasan pantai sentiasa bersih dari daun-daun yang berguguran dan sisa sampah dengan mencipta satu alat iaitu Pencakar Daun Mekanikal. Pesisiran pantai merupakan satu kawasan yang sepatutnya menjadi tarikan kepada pelancong dengan keindahan semulajadi yang ada di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, sesetengah orang masih memandang rendah kepentingan untuk menjaga keindahan kawasan pantai. Antara masalah yang dapat lihat di kawasan pantai adalah daun-daun kering dan sampah yang meliputi sebahagian daripada kawasan pantai. Oleh itu, pihak pengkaji mengambil inisiatif untuk mencipta Pencakar Daun Mekanikal yang akan menyelesaikan masalah ini. Objektif projek ini adalah untuk mereka bentuk alat dan memastikan alat berfungsi dengan baik. Alat ini juga memfokuskan kepada orang awam mahupun pekerja yang membersihkan pantai. Beberapa mekanisme digunakan oleh alat ini iaitu mekanisme gear, rantai dan gegancu, dan alat penghantar. Alat ini berfungsi apabila daya tolakan dikenakan, mekansme tayar hadapan akan berfungsi untuk menarik masuk sampah atau daun-daun kering. Kemudian, alat penghantar akan berputar melawan arah pergerakan mekanisme pencakar di bahagian hadapan untuk mengangkat bahan tersebut dalam plastik sampah. Mekanisme alat penghantar berfungsi apabila pusingan tayar belakang akan dipindahkan melalui rantai dan gegancu dan arah pusingan akan ditukarkan oleh mekanisme gear. Apabila projek ini siap dan mula dijalankan, mekanisme yang terlibat berjaya berjalan dengan lancar tetapi hasil yang diperoleh kurang memberangsangkan apabila alat mengalami masalah di bahagian rantai dan gegancu. Kesimpulannya, alat ini perlu ditambah baik sedikit pada bahagian rangka, rantai dan gegancu untuk digunakan dengan sempurna.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-12-2024

Issue

Section

Mechanical Engineering

How to Cite

Abdullah, N., Muhammad Zaim Redhuan Zehar, Muhammad Yusof Zulkiflee, & Muhammad Nurhafizuddin Muhammad Rizal. (2024). Pencakar Daun Mekanikal. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 111-116. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/13864