Pembangunan Kipas Automatik Berasaskan Penderia Inframerah (IR) dan Penderia Suhu LM35
Keywords:
kipas automatik, Arduino, penderia suhu, penderia inframerahAbstract
Kajian ini membentangkan satu sistem kipas automatik yang menggunakan penderia suhu LM35 dan penderia inframerah IR dengan menggunakan Arduino. Sistem ini direka untuk mengawal operasi kipas secara automatik berdasarkan suhu dan kehadiran manusia di sekitar kipas. Penderia LM35 digunakan untuk mengukur suhu persekitaran, manakala penderia IR digunakan untuk mengesan kehadiran manusia. Maklumat yang diperoleh dari kedua-dua penderia ini digunakan oleh Arduino untuk mengawal kipas secara automatik. Apabila suhu meningkat atau terdeteksi kehadiran manusia, Arduino akan mengaktifkan kipas. Sebaliknya, apabila suhu menurun dan tidak ada kehadiran manusia, kipas akan dimatikan. Sistem ini membantu dalam menjaga keselesaan dan menjimatkan tenaga dengan mengurangkan penggunaan kipas yang tidak perlu. Melalui kajian ini, sistem kipas automatik dengan Penderia LM35 dan Penderia IR menggunakan Arduino telah dibuktikan keberkesanannya dalam mengawal operasi kipas berdasarkan suhu dan kehadiran manusia. Sistem ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai persekitaran seperti rumah, pejabat, atau tempat awam untuk meningkatkan keselesaan dan efisiensi tenaga.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
11-12-2024
Issue
Section
Electrical Engineering
How to Cite
Afandi, M. H., Mohd Faiza, M. S., Saadon, E. I. S., & Nurulhuda Ismail. (2024). Pembangunan Kipas Automatik Berasaskan Penderia Inframerah (IR) dan Penderia Suhu LM35. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 211-217. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/13873



