Sistem Fertigasi Pintar Berasaskan Prinsip Venturi

Authors

  • Mohd Faizal Mohamed Nor
  • Muhammad Sukri Baharudin
  • Muhammad Fikri Mohd Arif

Keywords:

venturi, fertigasi, ESP32

Abstract

Sistem fertigasi biasa digunakan di dalam sistem penanaman moden di mana pembajaan diberi terus kepada tanaman semasa penyiraman pokok tanaman. Berbanding dengan sistem fertigasi moden dimana bancuhan baja perlu disediakan terlebih dahulu, aplikasi venturi digunakan untuk mencampurkan baja secara terus dengan air sewaktu penyiraman. Oleh demikian, petani dapat menjimatkan keperluan baja disamping dapat mengurangkan kos permulaan penanaman. Untuk memastikan tanaman mendapat nutrisi secukupnya, kadar kekonduksian elektrik bagi sebatian siraman di pantau melalui paparan pemuka pintar yang dibina. Selain itu, petani dapat melihat suhu dan kelembapan sekeliling bagi mengawal pertumbuhan tanaman. Prototaip dibina berdasarkan mikro pengawal ESP32 dan menggunakan sensor DHT11 untuk mengukur suhu dan kelembapan sekeliling dan sensor EC dari DFRobot untuk mengukur nilai kekonduksian elektrik. Sebuah prototaip fertigasi berdasarkan aplikasi venturi telah dibina dan keputudan menunjukkan kadar pengairan diberi kepada tanaman berdasarkan kadar EC yang diperlukan. Selain itu, pengguna dapat memantau kadar EC diberi dan parameter sekeliling melalui paparan muka pintar berdasarkan Blynk.

Downloads

Published

22-01-2024

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Mohamed Nor, M. F. ., Muhammad Sukri Baharudin, & Muhammad Fikri Mohd Arif. (2024). Sistem Fertigasi Pintar Berasaskan Prinsip Venturi. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(1), 308-314. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/13883

Most read articles by the same author(s)