Mengkaji Kombinasi Koagulan Semula Jadi antara Umbut Pisang dan Biji Betik untuk Merawat Air Sisa

Authors

  • Arif Muzammil Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Amiruddin Razaid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Ikhwan Wafiy Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Masiri Kaamin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Umbut pisang, biji betik, koagulan semula jadi, kekeruhan

Abstract

Rawatan air adalah kaedah penting untuk menghasilkan kuantiti air bersih yang besar bagi memenuhi keperluan penduduk. Proses koagulasi, yang merupakan sebahagian penting dalam rawatan air, berfungsi untuk menyingkirkan partikel terampai, warna, dan bau. Koagulasi konvensional biasanya menggunakan bahan kimia seperti aluminium sulfat dan ferum klorida. Namun, bahan-bahan ini mempunyai beberapa kelemahan, termasuk kos yang tinggi, bahaya kepada alam sekitar, dan risiko kesihatan kepada manusia. Kajian ini menyelidik potensi penggunaan  kombinasi antara umbut pisang dan biji betik sebagai koagulan semula jadi untuk rawatan air sisa. Dalam kajian ini, eskperimen koagulan dilaksanakan dengan ujian balang. Ujian ini menggunakan air sungai dari Panchor dan koagualan seperti aluminium sulfat, umbut pisang, biji betik serta kombinasi antara umbut pisang dan biji betik. Hasil kajian ini mendapati bahawa kombinasi koagulan antara umbut pisang dan biji betik merupakan koagulan dengan prestasi terbaik iaitu peratusan pengurangan kekeruhan air sisa sebanyak 56.94% berbanding aluminium sulfat iaitu 57.56% pada konsentrasi 60mg/L dengan penggunaan dosage sebanyak 20ml. Manakala, kombinasi koagulan pada konsentrasi 100mg/L dengan dosage 3ml mencatatkan nilai pH paling neutral iaitu 7.01 pH dan warna air sisa yang terbaik iaitu 9 ADMI.  

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

27-05-2025

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Arif Muzammil, Razaid, M. A., Muhammad Ikhwan Wafiy, & Kaamin, M. (2025). Mengkaji Kombinasi Koagulan Semula Jadi antara Umbut Pisang dan Biji Betik untuk Merawat Air Sisa. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 6(3), 62-70. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/17124