Walking Suitability Assessment at Kampung Morten, Melaka
Keywords:
Pengangkutan Aktif, Penilaian Bersesuaian Berjalan, Penilaian Berjalan, Pilihan PengangkutanAbstract
Kajian ini memberi fokus kepada penduduk Kampung Morten di Melaka, Malaysia dengan menggunakan Penilaian Kesesuaian Berjalan untuk mengenal pasti pilihan pengangkutan mereka dan mencadangkan penambahbaikan di sepanjang laluan pejalan kaki. Beberapa soal selidik tinjauan telah diedarkan kepada 254 responden untuk mengenal pasti corak dan peratusan berjalan dalam radius 1 kilometer. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik seksyen jalan raya dan menggalakkan budaya pengangkutan yang aktif serta mengaplikasikan keputusan perancangan yang lebih baik untuk pembangunan bandar yang lebih efisien. Penemuan ini telah membantu meningkatkan keselamatan dan kebolehcapaian untuk penduduk.



