Membaca Bersama Iman : Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Bagi Pembelajaran Dan Permainan Membaca Bahasa Malaysia Pra Sekolah

Authors

  • Rosfuzah Roslan CEDS, UTHM
  • Norhidayah Abd Hamid
  • Wardah Syahirah Ahmad Nizam
  • Nurallisya Mohd Ali

Keywords:

Reading With Iman, Iman Kindergarten, Learning Animated Videos, Mobile Game

Abstract

Membaca bersama Iman (MI) merupakan aplikasi mudah alih yang dibina bertujuan untuk membantu pelajar, guru dan ibubapa dalam pembelajaran Bahasa Malaysia anak-anak di Tadika Iman Taman Pagoh Jaya. Aplikasi ini mengabungkan pembelajaran dan permainan Bahasa Malaysia dengan menggunakan video animasi bagi pembelajaran dan permainan interaktif bagi tujuan pengejaan perkataan mudah. Aplikasi ini dikhususkan bagi pelajar Tadika Iman yang berumur 4 hingga 6 tahun. Objektif kajian ini adalah untuk (i) merekabentuk aplikasi pembelajaran dan permainan yang memberi tumpuan kepada pembelajaran mengenal abjad dan mengeja Bahasa Melayu dan (ii) membangunkan aplikasi mudah alih berdasarkan objektif (i) dengan paparan 2D iaitu bentuk yang sesuai dan menarik untuk pelajar-pelajar yang berusia 4 hingga 6 tahun di Tadika Iman. Pembangunan aplikasi ini dijalankan berdasarkan metodologi Model ADDIE di mana fokus utama tertumpu kepada silibus pembelajaran Bahasa Malaysia di Tadika Iman ELC. Peringkat edaran bagi produk siap ini adalah hanya bagi edaran dalaman sahaja atas permintaan pemilik produk MI. Berdasarkan penilaian dan maklum balas yang diterima, golongan sasaran berpuas hati dengan hasil produk ini serta berharap kerjasama berterusan untuk penambahbaikan produk di masa akan datang.

Downloads

Published

24-05-2021

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Roslan, R., Abd Hamid, N. ., Ahmad Nizam, W. S. ., & Nurallisya Mohd Ali. (2021). Membaca Bersama Iman : Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Bagi Pembelajaran Dan Permainan Membaca Bahasa Malaysia Pra Sekolah. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(2), 347-352. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/1803