Strive Grip : Automasi Bantuan Rehabilitasi Tangan
Keywords:
Arduino Uno , Strive Grip, Flex sensors, Servo Motor, LED, Arduino UNO R3Abstract
Projek Strive Grip merupakan inovasi dalam bantuan pemulihan tangan yang lumpuh, dengan penekanan pada penggunaan bantuan teknologi terkini seperti flex sensor, servo motor, LED, dan Arduino Uno R3. Sistem ini direka untuk meniru pergerakan dan fungsi semula jadi tangan, memberi peluang kepada pesakit untuk menjalani latihan pemulihan secara kendiri. Strive Grip bertujuan meningkatkan kekuatan genggaman, kecekapan, dan pergerakan tangan, khususnya pada bahagian jari. Dengan memantau kemajuan melalui sensor pergerakan dan memberikan maklum balas haptik, peranti ini membantu pesakit yang mengalami kesukaran menghadiri sesi pemulihan tradisional akibat kekangan masa dan mobiliti. Inovasi ini berfungsi sebagai alat pemulihan robotik, memberi tumpuan kepada pemulihan bahagian jari dengan kemampuan menggenggam sehingga 90º, meningkatkan ketangkasan dan kekuatan jari pesakit.



