Peti Pengering Kasut Mudah Alih
Keywords:
peti pengering kasut mudah alih, Arduino UNO R3, papan kekunci, LCD, Motor DCAbstract
Projek ini bertujuan untuk merekabentuk Peti Pengeringan Kasut Mudah Alih yang menggunakan mentol panas sebagai sumber haba, dikawal oleh Arduino Uno R3. Pengguna boleh menetapkan masa pengeringan melalui papan kekunci, dan masa akan dipaparkan pada skrin LCD. Sistem ini direka untuk memudahkan pengguna mengeringkan kasut dengan cepat dan berkesan di mana-mana sahaja. Ramai pengguna menghadapi kesukaran untuk mengeringkan kasut dengan cepat tanpa merosakkannya. Objektif projek ini adalah untuk menghasilkan kotak pengeringan kasut yang mudah alih, cekap dan selamat. Dengan penggunaan mentol haba dan kawalan masa melalui papan kekunci, kotak pengeringan ini memastikan kasut kering tanpa risiko kerosakan akibat haba yang berlebihan. Kotak pengeringan ini juga dilengkapi dengan motor DC yang akan memutarkan kasut mengikut arah jam supaya kasut dikeringkan dengan sekata. Projek ini menekankan kemudahan penggunaan dan keberkesanan pengeringan, menjadikannya penyelesaian ideal untuk pengguna.



