Kawalan Kelembapan untuk Tanaman Menggunakan Micro:Bit

Authors

  • Wan Zameer Aiman Wan Zulkfili Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Tengku Nadzlin Tengku Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ahmad Alabqari Ma’Radzi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Shukri Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sistem pemantauan automatik, Micro:Bit, DHT11, ESP8266, Aplikasi Telegram

Abstract

Projek ini bertujuan untuk menjadikan sistem pemantauan automatik melibatkan pengurusan kelembapan tanah dan suhu persekitaran tanaman ini serta menggunakan teknologi Internet of Things (IoT). Dengan memanfaatkan Micro:Bit dan modul WiFi ESP8266, sistem ini mengintegrasikan penderia kelembapan tanah dan penderia suhu DHT11 untuk mendapatkan data persekitaran secara masa nyata. Data ini diproses oleh Micro:Bit yang kemudiannya mengawal pam air, kipas, dan humidifier untuk memastikan keadaan persekitaran tanaman berada dalam julat yang optimum. Sistem ini juga menghantar notifikasi melalui Telegram, memberikan kemas kini masa nyata kepada pengguna. Ujian sistem menunjukkan keberkesanan dalam mengawal persekitaran tanaman secara automatik, meningkatkan efisiensi dan mengurangkan keperluan pemantauan manual. Projek ini menawarkan potensi komersial yang tinggi dengan aplikasi dalam pertanian pintar dan penanaman rumah, serta membuka jalan kepada penambahbaikan lanjut seperti penggunaan sensor tambahan dan algoritma pembelajaran mesin untuk pengambilan keputusan yang lebih tepat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-12-2024

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Wan Zulkfili, W. Z. A. . ., Tengku Ibrahim, T. N. ., Ahmad Alabqari Ma’Radzi, & Muhammad Shukri Ahmad. (2024). Kawalan Kelembapan untuk Tanaman Menggunakan Micro:Bit. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 244-250. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/18056