Pembangunan Sistem Pengurusan Inventori Aset ICT dalam Pendidikan
Keywords:
Aplikasi mudah alih, amali Sains darjah 5, simulasi digital uji kajiAbstract
Projek ini bertujuan untuk menggantikan sistem manual yang digunakan dalam pengurusan aset kepada sistem berasaskan web. Sistem ini mengambil kira aspek pengurusan aset di makmal komputer seperti aset virtual dan aset digital. Sistem Pengurusan Inventori Aset Virtual dan Digital Pembelajaran dan Pengajaran di UTHM Pagoh ini sedikit sebanyak akan membantu pengurus aset ICT untuk menguruskan aset yang digunakan di UTHM agar lebih sistematik. Sistem ini juga diwujudkan untuk mencapai beberapa objektif, salah satu objektif adalah untuk mereka bentuk dan membangunkan pangkalan data yang menjejaki pergerakan aset virtual dan digital untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan Sistem Pengurusan ini adalah berdasarkan kaedah Waterfall. Sistem pengurusan aset ini mempunyai beberapa fungsi seperti menyediakan borang daftar aset digital dan virtual, borang tarikh luput perisian dan borang perolehan aset. Hasil yang dijangka daripada pembangunan sistem ini ialah penyimpanan data aset lebih teratur, keselamatan data terjaga dan tempoh pencarian maklumat dapat disingkatkan. Sistem ini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan asset di UTHM Pagoh, sekali gus menyokong penggunaan sumber yang lebih baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.



