Kertas Konsep Pembangunan Model Kompetensi Digital Pendidik TVET Ke Arah Transformasi Digital

Authors

  • Mohd Hatta Mohamed Ali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Affero Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Fazrulhelmi Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Sam Faheeda Abdul Samad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zawawi Mohamad Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Author
  • Anwar Hafidzi Universitas Islam Negeri Antasari Author

Keywords:

Kompetensi Digital, Pendidik TVET , Transformasi Digital, TVET Digital, Kompetensi Pendidik TVET

Abstract

Pendigitalan dalam pendidikan memberikan cabaran baharu terutamanya kepada pendidik dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia seiring dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) dan transformasi digital. Pendidik TVET perlu berdaya saing mendepani transformasi digital dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran agar ianya menjadi lebih menarik. Kemajuan teknologi digital dan ICT telah menjadikan kompetensi digital pendidik begitu penting dalam pembangunan profesional dan kapasiti pendidik TVET. Walaupun beberapa kerangka kompetensi digital antarabangsa wujud, model khusus untuk pedagogi TVET masih belum dibangunkan. Kajian ini bertujuan membangunkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET menggunakan pendekatan kaedah campuran (mix-method) dengan rekabentuk Kaedah Bercampur Penerokaan Berjujukan (Exploratory Sequential Mix-Method) melalui kaedah temu bual (kualitatif) dan soal selidik (kuantitatif). Fasa pertama melibatkan analisis dokumen dan temu bual dengan 13 pakar, manakala fasa kedua menggunakan soal selidik dengan 85 pendidik TVET di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). Data dianalisis menggunakan analisis tema, Fuzzy Delphi (FDM), dan Permodelan Kuasa Dua Separa Terkecil (PLS-SEM). Dapatan kajian mengenal pasti domain, elemen, dan sub-elemen kompetensi digital, menghasilkan model kompetensi digital untuk pendidik TVET. Model ini diharapkan dapat menjadi panduan bagi melahirkan pendidik TVET yang kompeten dan berkualiti pada masa hadapan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

03-01-2025

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Mohamed Ali, M. H., Affero Ismail, Muhammad Fazrulhelmi Ahmad, Sam Faheeda Abdul Samad, Zawawi Mohamad, & Anwar Hafidzi. (2025). Kertas Konsep Pembangunan Model Kompetensi Digital Pendidik TVET Ke Arah Transformasi Digital. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 6(1), 54-65. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/18113