Menerajui Masa Depan TVET: Mengupas Transformasi Digital

Authors

  • Mohd Hatta Mohamed Ali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Affero Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Syarizul Amri Mohd Dzulkifli Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Noorazman Abdul Samad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Zawawi Mohamad Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut Author
  • Mohd Hilmi Mohd Tahrir Kolej Vokasional Batu Pahat Author
  • Anwar Hafidzi Universitas Islam Negeri Antasari, Indonesia Author

Keywords:

Transformasi Digital, Pendigitalan, Pendigitalan TVET, Kompetensi Digital

Abstract

Kemunculan revolusi teknologi digital serta  kepesatan inovasi ICT kini dirasai pada semua peringkat dan telah mendatangkan keperluan mendesak kearah transformasi digital. Apabila arus transformasi digital mensinergi landskap pendidikan pada tahap global, institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut terkesan dan kini berada di tengah-tengah anjakan tersebut. Konvergensi kemajuan teknologi, kebangkitan industri baharu, dan evolusi dunia pekerjaan seterusnya memerlukan tindak balas yang mantap, terutamanya daripada sektor TVET. Memandangkan institusi TVET berhasrat untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal dan pengetahuan yang sejajar menurut permintaan pasaran industri, mereka memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang kompetensi yang sering dicipta oleh revolusi digital. Oleh itu, kertas penyelidikan ini berusaha mengupas konteks impak transformasi digital terhadap TVET. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk  pemerhatian tidak berstruktur dan analisis dokumen awam. Hasilnya  kajian ini menganalisis kesan mendalam impak transformasi digital terhadap dunia pekerjaan masa hadapan, kompetensi yang diperlukan, serta tindak balas strategik global serantau terhadap transformatif ini. Akhirnya timbul persoalan penyelidikan utama yang perlu diterokai tentang bagaimanakah institusi TVET boleh merancang dan melaksanakan transformasi digital secara berkesan untuk memenuhi permintaan yang semakin berkembang dalam era digital.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

11-12-2024

Issue

Section

Information Technology

How to Cite

Mohamed Ali, M. H., Affero Ismail, Syarizul Amri Mohd Dzulkifli, Noorazman Abdul Samad, Zawawi Mohamad, Mohd Hilmi Mohd Tahrir, & Anwar Hafidzi. (2024). Menerajui Masa Depan TVET: Mengupas Transformasi Digital. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 5(3), 94-103. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/18122