Sistem Kunci Loker Pintar Menggunakan Cap Jari
Keywords:
Loker, Cap Jari, Arduino UNO, RFID, PintarAbstract
Sistem Kunci Loker Pintar Menggunakan Cap Jari merupakan satu sistem yang dibina untuk memberikan keselamatan kepada pemilik loker. Sistem ini dibangunkan berdasarkan kepada beberapa permasalahan kes pecah loker yang kerap berlaku sama ada di peringkat sekolah mahupun institusi awam. Arduino Uno digunakan sebagai mikropengawal yang dapat mengesan kepelbagaian masukan di dalam Sistem Kunci Loker Pintar Menggunakan Cap Jari ini. Sistem ini juga menyediakan alternatif lain yang memudahkan cara akses oleh individu yang berkelayakan. Data dari penderia cap jari akan dan RFID akan dihantar ke solenoid, menyebabkan pintu loker terbuka. Ini memastikan keselamatan barang-barang pengguna serta keselamatan pintu loker. Penggunaan solenoid memastikan pintu loker tidak mudah dibuka tanpa pengaksesan yang sah dan sukar untuk dipecahkan. Penggera akan berbunyi jika terdapat percubaan tidak sah pada penderia cap jari. Paparan LCD akan menunjukkan sama ada pengguna berjaya atau tidak mengakkses pintu loker.



