Pengesan Degupan Jantung Menggunakan Sistem GPS dan NodeMCU

Authors

  • Nabiah Zinal
  • Ahmad Haziq Ahmad Yusof
  • Cempaka Amalin Mahadzir
  • Muhammad Syahmi Abd Razak

Keywords:

Iot, Heart Rate Tracking, GPS

Abstract

Inovasi teknologi kini telah mempengaruhi masyarakat untuk menjadi lebih kreatif dalam mencipta peranti untuk kemudahan semua. Laporan ini memperkenalkan peranti pengesan denyutan jantung yang mudah dipakai serta digabungkan dengan fungsi Internet of Things (IoT) dan Global Positioning System (GPS). IoT yang diiktiraf sebagai salah satu bidang teknologi masa depan yang paling penting manakala GPS dapat menyediakan maklumat lokasi yang sangat tepat untuk objek mudah alih dan benda hidup yang jauh lebih unggul daripada teknik penjejakan sebelumnya. Peranti ini akan berinteraksi dengan seseorang dengan mengesan denyutan jantung mereka dari mana-mana lokasi. Kesannya, pengguna dapat mengetahui kadar denyutan jantung pesakit serta mengenal pasti tahap kesihatan pesakit tersebut. Jika tiada denyutan jantung pada pesakit, pengguna akan menerima satu notifikasi amaran di telefon bimbit atau komputer riba. Oleh itu, kombinasi IoT, GPS dan pengesan denyutan jantung ini akan memberi kemudahan kepada pengguna termasuklah doktor dalam memantau seseorang pesakit-pesakit yang mengalami masalah penyakit jantung namun enggan ditahan di hospital.

Downloads

Published

24-05-2021

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Zinal, N., Ahmad Yusof, A. H. ., Mahadzir, C. A., & Abd Razak, M. S. . (2021). Pengesan Degupan Jantung Menggunakan Sistem GPS dan NodeMCU. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(2), 101–107. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/1896