Kajian Sistem Penyejukan Air Domestik
Keywords:
Sistem penyejukan air, pad penyejuk Peltier, sinki haba, suhu air domestik, pengaliran habaAbstract
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem penyejukan air yang menggabungkan penggunaan peralatan elektronik yang lebih kecil dan efisyen serta dapat memberikan keselesaan kepada pengguna dengan menentukan jangka masa optimum yang diperlukan bagi mencapai kadar penyejukan maksimum. Kajian ini menggunakan air domestik yang bersuhu tinggi dan beberapa peralatan elektronik untuk menilai kecekapan sistem penyejukan berfungsi. Ujian ini dilaksanakan bagi mengesahkan keupayaan sinki haba dan pad penyejuk Peltier untuk menurunkan dan mengalirkan keluar suhu di dalam air ke persekitaran luar. Dua buah prototaip telah dibina dengan perbezaan saiz iaitu; A) bekas berbentuk silinder dengan diameter 11.5cm dan tinggi 23 cm dan B) bekas berbentuk segi empat yang berdimensi 15cm(P) x 13.5cm(L) x 16cm(T). Untuk permulaan ujikaji, dua bekas A dan B diisi dengan isipadu air dan suhu awal yang sama iaitu iaitu 2389 cm3 dan 40.4°C. Setelah pengaktifan sistem penyejukan, suhu diambil pada kedalaman 4cm, 8cm, 12cm, 16 cm dan 20 cm pada sela masa setiap 5 minit selama 15 minit. Hasil ujikaji mendapati terdapat perbezaan yang berlaku antara bekas A dan B yang menunjukkan purata bagi kedua-dua bekas tersebut adalah 40.7°C dan 41°C. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan sebuah sistem penyejukan yang berpotensi untuk dimanfaatkan dalam kegunaan domestik. Sistem ini bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pengguna, malah turut membuka peluang untuk penggunaan masa yang lebih produktif tanpa pembaziran.



