Penggunaan Sabut Kelapa dan Kaca sebagai Bahan Ganti Pasir untuk Bata Turapan

Authors

  • Muhammad Qayyim Nashruddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • As’ad Abd Majid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Khadijah Mohamad Ali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Masiri Kaamin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

bata turapan, bahan buangan, sabut kelapa, kaca, pengganti pasir, penyerapa air, kekuatan mampatan

Abstract

Bata turapan ini dihasilkan daripada campuran simen, pasir, agregat dan air digunakan dalam industri pembinaan sebagai permukaan seperti jalan raya, halaman dan laluan pejalan kaki. Pasir sebagai komponen utama dalam pembinaan, menghadapi pelbagai isu seperti peningkatan kos, kekurangan sumber berkualiti serta kadar penyerapan air yang tinggi yang boleh menjejaskan ketahanan produk. Permintaan yang semakin meningkat terhadap pasir dalam industri pembinaan turut menyumbang kepada hakisan sungai, pencemaran air dan kerosakan ekosistem akuatik. Aktiviti pengambilan pasir yang berlebihan terutamanya di kawasan sungai, turut mengganggu habitat hidupan akuatik serta menjejaskan keseimbangan alam sekitar. Dalam masa yang sama, bahan buangan seperti sabut kelapa dan kaca sering tidak dimanfaatkan sepenuhnya walaupun berpotensi untuk dikitar semula kerana sifat fizikalnya yang hampir sama menyamai pasir seperti saiz butiran yang halus, ketumpatan yang sesuai dan keupayaan mengisi ruang antara agregat dalam campuran konkrit. Kajian ini memberi tumpuan kepada nisbah bancuhan standard 1:2:4 (simen:pasir:agregat) dengan kadar penggantian 4% dan 12% pasir oleh sabut kelapa dan serbuk kaca. Dua ujian makmal dijalankan ke atas sampel bata turapan iaitu ujian penyerapan air dan kekuatan mampatan dengan tempoh rendaman selama 7 dan 28 hari. Saiz bata yang digunakan adalah 100 mm x 100 mm x 100 mm. Hasil kajian menunjukkan bahawa sampel dengan penggantian 12% kaca mencatatkan kadar penyerapan air paling rendah iaitu 2.22% manakala kekuatan mampatan tertinggi direkodkan oleh sampel dengan 4% kaca, iaitu 19.32 N/mm². Kajian ini menunjukkan bahawa bahan buangan seperti sabut kelapa dan kaca mempunyai potensi sebagai bahan gantian pasir dalam bata turapan, namun tidak semua campuran menunjukkan kekuatan yang memadai. Objektif kajian ini tidak dapat dicapai sepenuhnya, namun hasilnya memberi asas penting untuk penambahbaikan masa depan. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-01-2026

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

NASHRUDDIN, M. Q., ABD MAJID, A. ., MOHAMAD ALI, K., & KAAMIN, M. (2026). Penggunaan Sabut Kelapa dan Kaca sebagai Bahan Ganti Pasir untuk Bata Turapan. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 7(1), 100-108. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/20719