Kajian Kes: Kajian Kualiti Air antara Air Bukit, Air Paip, dan Air Bawah Tanah untuk Kegunaan Harian

Authors

  • Adriana Syafiqah Saiful Nizam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Ahmad Fahim Qayyum Faizul Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • NurQistina Balqis Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Masiri Kaamin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

sumber air, air paip, air bukit, air bawah tanah, kualiti air, musim tengkujuh, piawaian kualiti air

Abstract

Sumber air seperti air paip, air bukit dan air bawah tanah sangat penting untuk menyokong aktiviti harian seperti pertanian, kegunaan domestik dan perindustrian. Namun, pelbagai aktiviti manusia telah menyumbang kepada pencemaran sumber-sumber ini, sekali gus menjejaskan kualiti air secara semula jadi dan mewujudkan risiko kepada kesihatan serta alam sekitar. Kajian ini dijalankan bagi menilai tiga sumber air tersebut yang digunakan oleh penduduk Kampung Lubok Bongor khususnya pada musim tengkujuh. Sampel air dikumpulkan dan dianalisis menggunakan empat parameter utama iaitu pH, DO, COD, dan AN berdasarkan Piawaian Kualiti Air Negara. Hasil kajian menunjukkan bahawa air paip mencatatkan kualiti air yang tertinggi dengan klasifikasi “cemerlang”, manakala air bukit dan air bawah tanah berada dalam kategori “baik” kerana mencatat nilai COD yang melebihi standard.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

01-01-2026

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Saiful Nizam, A. S., Faizul, A. F. Q., Ibrahim, N. B., & Kaamin, M. (2026). Kajian Kes: Kajian Kualiti Air antara Air Bukit, Air Paip, dan Air Bawah Tanah untuk Kegunaan Harian. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 7(1), 93-99. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/20720