Sistem Pengasingan Sampah Menggunakan Raspberry Pi
Keywords:
Sistem pengasingan sampah, RP2040, Sensor Logam, Sensor UltrasonikAbstract
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pengasingan sampah automatik berkos rendah yang menggunakan mikropengawal RP2040 pada papan Raspberry Pi untuk mengesan serta mengasingkan bahan kitar semula jenis plastik dan logam. Sistem menggabungkan sensor logam induktif, sensor ultrasonik dan motor servo bagi memindahkan objek ke bekas yang betul secara automatik. Prototaip dihasilkan bertujuan meningkatkan kecekapan proses pengasingan sampah, mengurangkan kos operasi manual dan menyokong amalan kitar semula di peringkat domestik serta perniagaan berskala kecil. Pengujian menggunakan 20 sampel menunjukkan kadar ketepatan pengesanan logam sebanyak 100% manakala ketepatan pengasingan plastik pula adalah 90%. Sistem ini boleh beroperasi sehingga 8 jam menggunakan pek bateri 7.4 V 6800 mAh. Secara keseluruhannya, projek ini berjaya
membuktikan bahawa sistem pengasingan sampah automatik berasaskan mikropengawal RP2040 mampu berfungsi dengan cekap
dan berkesan dalam mengesan serta mengasingkan bahan kitar semula. Projek ini menghasilkan prototaip sistem pengasingan
sampah automatik berasaskan RP2040 yang memenuhi semua objektif ditetapkan dan berupaya mengurangkan kebergantungan
kepada kaedah manual.



