Alat Pengesanan Kelembapan dan Suhu Tanah
Keywords:
Internet of Things (IoT), ESP32, DHT11Abstract
Projek ini membangunkan sebuah sistem pintar bagi memantau kelembapan dan suhu tanah menggunakan mikropengawal ESP32 serta teknologi Internet of Things (IoT). Sistem ini direka untuk membantu pengguna memantau keadaan tanah tanaman secara masa nyata melalui aplikasi Blynk, dengan data turut dipaparkan pada skrin OLED. Sensor kelembapan tanah dan sensor suhu DHT11 digunakan untuk mendapatkan bacaan persekitaran, manakala pam air dan buzzer diaktifkan secara automatik apabila nilai bacaan melebihi atau menurun daripada paras ditetapkan. Sistem juga menyokong kawalan manual melalui telefon pintar. Hasil pengujian menunjukkan sistem ini berfungsi dengan baik, responsif, dan mudah digunakan. Projek ini berpotensi untuk digunakan dalam penjagaan tanaman berskala kecil hingga sederhana secara lebih cekap dan efisien.



