Pertanian Pintar menggunakan IoT

Authors

  • Muhammad Farid Shamsul Kahar Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, KM 1, Jalan Panchor, Muar, 84600 Johor, Malaysia
  • Tengku Nadzlin Tengku Ibrahim
  • Amir Akmal Md Rahim
  • Nik Hairul Hazril Nik Fadzil

Keywords:

Smart Farming, IoT, Covid-19

Abstract

Smart Farming dilengkapi bersama lOT ialah dimana teknologi moden digunakan menggantikan kaedah tradisional untuk memudahkan kerja petani atau pekebun. Kajian Smart Farming dilakukan untuk memudahkan aktiviti berkebun kapada setiap golongan masyarakat terutamanya ketika pandemik Covid-19 yang melanda dunia kita sekarang ini. Disebabkan Covid-19 yang melanda, aktivi luar rumah terpaksa dielakkan untuk memastikan masyarakat tidak dijangkiti Covid-19. Satu sistem dibina untuk memantau dan menyiram menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar. Sistem ini memanfaatkan kehebatan Internet of Things (IoT) untuk mengubah proses berkebun menjadi lebih mudah serta lebih efisien. Dari segi pemilihan bahan untuk projek, kajian sebelum ini telah membantu kami untuk memilih beberapa bahan yang sesuai. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada pemilihan bahan. Kelestarian, penggunaan, dan kos bahan adalah semua faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bahan. Sistem ini dibina menggunakan komponen seperti Esp 8266, Light sensor BH1750, Temperature & Humidity sensor dan Moisture sensor. Keputusan yang didapati daripada prototaip smart farming ini memberikan data terperinci tentang suhu dan kelembapan udara di sekitar tanaman. Smart Farming sememangnya memberi kebaikan kepada semua orang terutama petani dan pekebun dari segi kos dan produktiviti.

 

Downloads

Published

23-02-2022

Issue

Section

Electrical Engineering

How to Cite

Shamsul Kahar, M. F., Tengku Ibrahim, T. N., Md Rahim, A. A., & Nik Fadzil, N. H. H. (2022). Pertanian Pintar menggunakan IoT. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 422-428. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/3565

Most read articles by the same author(s)