Kaedah Pemeriksaan Bumbung Bangunan Menggunakan Pesawat Tanpa Pemandu (UAV)

Authors

  • Muhd 'Azamuddin Lahuri centre for diploma studies
  • Ahmad Najmi Zaberi
  • Iskandar Zulqarnain Nizam
  • Masiri Kaamin

Keywords:

Bumbung, pemeriksaan, UAV, CSP1

Abstract

Penyelenggaraan bumbung merupakan kerja-kerja penambahbaikan dan penggantian kerosakan bumbung yang melibatkan pemeriksaan, pemulihan dan pengubahsuaian. Pada masa ini, alatan utama yang digunakan ketika pemeriksaan bumbung adalah dengan menggunakan teropong dan kamera. Walau bagaimanapun kaedah ini mempunyai kekurangan, kerana untuk membuat pemeriksaan luaran bumbung, pemeriksa perlu memanjat tangga serta berjalan di atas bumbung untuk mengesan kecacatan. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan menghadapi risiko kemalangan yang tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan teknologi UAV bagi menentukan tahap kecacatan bumbung bangunan dengan menggabungkan teknik Fotogrametri UAV dan CSP1 Matrix. Kajian ini meliputi fasa merakam imej bumbung, pemprosesan imej untuk menghasilkan orthophoto bagi mendapatkan visual keseluruhan struktur bumbung dan seterusnya menentukan lokasi dan jenis kecacatan bumbung bagi menilai tahap kecacatan bumbung dengan kaedah Condition Survey Protocol (CSP) 1 Matrix. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penggunaan teknologi UAV ini sangat membantu dalam kerja-kerja pemeriksaan sesuatu bangunan sebelum sebarang kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan. Hasil kajian mendapati tahap kerosakan bumbung berada pada tahap rendah dengan 15 lokasi kecacatan dikesan di mana 7 lokasi darinya adalah dari jenis berlubang

Downloads

Published

23-02-2022

Issue

Section

Civil Engineering

How to Cite

Lahuri, M. 'Azamuddin, Zaberi, A. N. ., Nizam, I. Z., & Kaamin, M. . (2022). Kaedah Pemeriksaan Bumbung Bangunan Menggunakan Pesawat Tanpa Pemandu (UAV). Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 3(1), 236-246. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/4202

Most read articles by the same author(s)